July 29, 2008
· Filed under Uncategorized
Hari ini ibu ngan ayah ambik leave. Ibu ngan ayah nak spend masa dengan Nuha satu hari ni. Hari ni jugak sebenarnya Nuha kena gi klinik rutin check up untuk 7 bulan. Pagi tu pukul 7:30 ibu, ayah, dan Nuha dah keluar nak gi klinik. Pergi awal supaya dapat nombor awal. Tapi nurse kat situ kata kalau appointment petang kena tunggu yang belah pagi habis dulu baru boleh ambik petang punya. Kalau macam tu baik gi petang aje senang.
Lepas balik bagi Nuha makan dan mandi, kitorang keluar lagi gi bandar. Ayah nak gi KWSP nak tukar penama dengan nak buat i-account. Ibu pun nak tukar penama jugak. Kat KWSP ni tak lama sangat.
Lepas tu ayah nak gi RHB pulak. Kad kredit ayah problem. Chip rosak. Nak tukar baru hajatnya. Tapi kalau nak tukar baru kena tukar nombor kad kredit. Ayah taknak tukar sebab bila dah tukar apa – apa yang sekarang ni auto debit dari kad kredit ayah kena tukar nombor. Leceh nak kontek semua orang nak inform. Alih – alih ayah tak jadi tukar kad kredit. Ayah ada satu lagi kad kredit Public Bank yang belum guna. Yang RHB tu kira bagi habis dulu auto debit lepas tu ayah nak terminatekan.
Lepas tu terus balik gi rumah nyaei. Petang nanti nak gi klinik pulak. Sebelum tu gi jumpa nyaei dulu. Lepas ibu ngan ayah solat zohor, terus bertolak gi klinik. Nuha dapat nombor ke 2. Hari ni tak ramai sangat macam biasa. Hari ni timbang untuk 7 bulan nuha 8kg tepat. Kira sejajar dengan berat yang sepatutnye. Dulu masa 5 bulan berat 6.3kg je. Sepatutnye 6.8kg sebab Nuha masa tu baru lepas demam. Kurang minum. Lain – lain condition Nuha semua ok. Cuma kali ni Nuha ngantuk sangat. Masa timbang tu pun Nuha tido. Masa soal jawab dgn nurse pun Nuha tido.
Lepas dah habis check up Nuha, masa pun awal lagi, Nuha pun nyenyak tidur dalam keta, ibu ajak ayah gi jalan – jalan dulu supaya Nuha dapat tidur lama dalam keta ber air cond. Kalau balik rumah sure Nuha takleh tidur sebab panas. So, ayah bawak gi BP Mall. Saje jalan – jalan sana time orang lain tengah kerja. Memang betul lengang BP Mall kalau hari biasa. Rasa macam BP Mall tu kitorang yg punya… hahahaha! ( nuha gelak besar )

Panjangnye kaki dia…

Dengan pakcik Kentucky

Break time. Kita minum dulu !!
July 26, 2008
· Filed under Uncategorized
Ibu lepas tido panjang malam tadi, pagi – pagi bangun terus bertenaga. Tak tau la ibu dah betul – betul sihat ke atau still demam lagi. Bangun pagi – pagi ibu terus buat sandwich. Plan asalnye sandwich tu untuk bontrot pergi JB. Tapi disebabkan Nuha belum betul – betul sihat lagi, plan ke JB kensel. Takpe la tak merasa gi jalan – jalan kali ni. Lain kali insyallah kalau ada peluang lagi ayah boleh bawak ibu ngan Nuha sekali.
Petang tu dalam kol 5 lebih kurang cik bob, pak usu, yaei dan nyaei datang rumah. Ayah baru je nak start basuh keta. cik bob, pak usu, yaei dan nyaei baru balik dari rumah mak ngah. Ahnaf baru balik dari hospital sebab demam kuat.
July 25, 2008
· Filed under Uncategorized
Dari petang tadi ibu dah rasa tekak kering dan gatal – gatal. Macam ada gergaji katanya. Macam dalam iklan strepsil tu la kot Nuha rasa. Malam tu balik dari rumah nyaei terus gi singgah Klinik Zain. Walaupun ayah ngan ibu tak berapa suka gi Klinik Zain ni, tapi terpaksa sebab klinik ni adalah klinik panel. Kalau gi klinik lain tak boleh claim pulak. So kiranya malam ni Nuha pulak yg teman ibu gi klinik. Malam tadi ibu yang temankan Nuha.
Malam ni ibu memang tak larat sungguh. Lepas makan ubat je ibu terus tido. Sib baik ayah tak demam sekali. Kalau tak takde sape yang nak jaga Nuha, buatkan susu untuk Nuha, tukarkan lampin Nuha. Nuha pun demam lagi dari semalam. Selesema. Tengah – tengah malam kejap – kejap terjaga sebab hidung tak selesa. Tapi nuha tak demam sangat cuma selesema je.
Ibu ngan ayah plannye esok nak gi JB nak tengok Pesta Flora kat Danga Bay. Tapi kalau ibu ngan Nuha tak sihat, kira tak jadi la.
July 24, 2008
· Filed under Uncategorized
Bulan ni Nuha dah demam 2 kali. Hari tu awal bulan. Kali ni akhir bulan. Masa awal bulan demam aje badan panas. Kali ni pulak selsema. Batu sikit – sikit ada.
Balik je dari rumah nyae’i ayah bawak Nuha gi klinik Sejahtera. Walaupun macam biasa je tak teruk sangat tapi ibu kata baik gi jumpa doktor aje. Kalau takde apa – apa alhamdulillah. Kalau ada apa – apa boleh kesan dari awal.
Seperti yg diduga masa jumpa doktor Nuha tak demam pun. Suhu badan normal. Tapi doktor bagi ubat macam – macam jugak. Sebenarnya doktor malam ni doktor part time. Tak pernah jumpa lagi setakat ni. Doktor ni bagi ayah kurang berpuas hati. Ibu pun sama. Kalau doktor tak biasa ni rasa kurang best sikit. Bagi ubat pun rasa was – was nak makan ke tak. Kali ni Nuha dapat 4 jenis ubat. Biasanya paling banyak pun 2 je. Ni siap antiboitik pun dapat sekali. Nuha makan ubat batuk sekali je. Antibiotik langsung ayah tak bagi.
July 21, 2008
· Filed under Uncategorized

Nuha boleh angkat kaki macam ni

Angkat kaki banyak kali ni penat la

Posing macam ni boleh tak, yah?

Kalau macam ni, seksi tak?

Kekekekeke! Ayah ni kelakar la.

Sekarang katil ni Nuha yang punya…

Bestnye baring atas katil ibu ngan ayah ni

Iyaarrkkkhh!! Nuha buat sit up nak kempiskan perut

Nuha nak baring je. Penat dah.

Boleh masuk blog Nuha tak semua gambar ni?
July 21, 2008
· Filed under Uncategorized
July 19, 2008
· Filed under Uncategorized
Hari ni ibu ngan ayah gi join green activity kat Sri Medan. Nuha kena tinggal ngan nyaei. Kali ni punya green activity yang paling jauh setakat ni ibu kata. Pagi – pagi lagi ( lagi awal dari biasa ibu ngan ayah nak gi kerja ) Nuha dah kena bawak ke rumah nyaei. Ibu takut tak sempat sebab tempat ni ayah belum pernah sampai.

Budak – budak sekolah tempat ayah ngan ibu gi gotong – royong

Kuatnya ayah angkat meja sorang – sorang

Ibu kira markah kerastangan murid – murid sekolah

Ayah mencuba ambik gambar bunga secara artistik
Dalam kol 12 lebih ibu ngan ayah dah balik. Elok – elok je Nuha dah bangun. Ibu ambik dukung Nuha. Ayah takleh dukung badan kotor katanya. Ye le balik dari gotong royong mesti la badan kotor kan. Lepas tu ayah dah letih sangat agaknya terus gi tido. Nuha pun dah tengok ayah tidur Nuha pun rasa nak tidur. Kali ni Nuha dah tidur berbuai. Kerusi malas pink nuha hadiah auntie Doreen dah tak muat dah.
Petang tu bila Nuha dah jaga, ayah bawak gi tengok pak usu main bola kat padang Pasti. Nuha nak tunggu pak usu score tapi pak usu tak score – score jugak. Ayah pun ajak balik sebab pak usu tak score – score pun.
Malamnye plan ayah nak ajak ibu dgn Nuha gi majlis keramaian kat ITTHO. Tapi hujan pulak. Terkensel la hajat nak tengok ramai orang.
July 12, 2008
· Filed under Uncategorized
Hari ni pagi – pagi dah keluar gi bandar. Lepas Nuha mandi terus keluar. Mula – mula gi bandar ayah bayar kereta. Sekali dgn kereta ayah dan ibu. Ayah keluar sorang gi bayar sebab Nuha tidur. Ibu taknak kacau Nuha tidur. Jadi ibu temankan Nuha.
Lepas tu ayah nak gi TM pulak. Ayah nak tukar plan streamyx dari 44 sebulan ke combo 60. Kiranya downgrade dari 512kbps ke 354kbps. Tak kisah la ayah kata asalkan lagi murah dan boleh 24 hours tsukaihoudai.
Masa kat TM ni punya la lama nunggu. Angka giliran tinggal 1 nombor je lagi tapi nunggunye sampai setengah jam. Kaunter banyak tapi kosong.

Akak buat apa lama sangat ni?

Kaunter banyak tapi takde orang.

Nuha dah boring

Tapi ibu still maintain ayu
Tapi sebelum tu gi betulkan kasut high heel ibu dulu. Kat sebelah kedai lektrik HSL. Ramai orang repair dengan tukang kasut ni. Banyak kasut mahal – mahal kat situ. Ibu punya kasut repair sikit je. Tumit tu sebelah tertanggal. Kos repair cuma 4 ringgit je.
Lepas dah betulkan kasut gi kedai auntie Amy pulak. Ibu nak beli mekap. Tapi auntie amy takde. Ada auntie Zizah je. Auntie Zizah seronok sangat jumpa Nuha.

Auntie Zizah, kawan auntie Amy
Lepas dah beli mekap gi Carrefour pulak. Ibu nak cari takoyaki kat sana. Kat
Carrefour ada bangla jugal takoyaki kat sana. Takde la sedap sangat tapi dah itu aje yang ada kira boleh la. Tapi hajat ibu nak makan takoyaki terbantut sebab alat nak buat tu rosak. Dari hari tu rosak tak betul – betulkan lagi.
Dengan rasa kecewa ibu ajak gi BP Mall sebab nak shopping barang dapur. Sana selesa sikit shopping banding Carrefour. Sebelum tu kat dalam Carrefour tu singgah kejap booth orang jual dapur elektromagnet AOWA. Dapur tak beli tapi ibu dapat mug free sebijik.
Sampai je kat BP Mall ibu shopping sakan. Shopping barang dapur je la. Barang Nuha mahal kat sini. Lepas tu kitorang dinner kat MK. 1st time makan kat MK kat BP Mall ni. Dia punya air besar banget. Tak habis ayah ngan ibu minum. Sedap memang sedap tapi rugi tak dapat habiskan.

Compare dengan henset ayah 2 kali ganda besar
July 6, 2008
· Filed under Uncategorized

Betullah… Ni Mengintai dari tirai kamar lah…. Kenapa bunyi macam ayat Ibu yang terover baca novel2 jiwang niee…
Arghhhh….. Nuha had a pleasant sleep last night. After having a roller coaster fever. up and down non stop, this morning Nuha felt totally fresh. Guess the fever is going away finally…
Last night Nyaie, Yaie, Pak Uda and Pak Usu came to visit Nuha. They were worried about Nuha and wanted to see how Nuha was coping up with eveything. Nuha guess the suprise visit has helped in curing Nuha fever.
Thank you everyone for the concern. Nuha loves all of you.
July 3, 2008
· Filed under Uncategorized
It has been a hot day for Nuha today. There was no electricity at Nyaies’ house from morning till evening. Nuha had difficulties to sleep in the hot weather with no fan to cool Nuha off and what makes matters worst was that Nuha’s body temperature has risen. It’s 38.5!
When Ibu and Ayah returned from work they was very worried about Nuha. So, Ibu and Ayah took Nuha home early. Initially, Ibu and Ayah did not plan to take Nuha to the doctor, they just wipe Nuha’s head and upper body parts with tap water, but things does not seem to be improving. Ibu and Ayah was quite worried so a few minutes before 10.00 p.m they took Nuha to Klinik Sejahtera.
The funny thing was, when it was Nuha’s turn to see the doctor, Nuha’s body temperature has returned to normal. Only temporary though…. A few hours after that it has been a roller coaster ride for Nuha. Nuha body temperature keeps on going up and down….

Kepala Nuha kena jerlun la… (jelum ker?)

sakit-sakit pun boleh posing lagi for the camera…